"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku
kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku
yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak
kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu.
kau xnak anak ke.."
- - - - - - -
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup
dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si
penjawab?
Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit.
maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan
pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang
sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia
tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki
anak.
- - -
Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini,
tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah
mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.
Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding
orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana
rezeki itu luas pandangannya.
Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia,
perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan
bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.
Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin
memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji
lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah
berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga
hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga
anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.
Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan
mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu
bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah
keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang
lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan
kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya
punyai bahagian masing-masing.
Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat
jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas
perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah..
Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu,
jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.
No comments:
Post a Comment