Sudah
lama sebenarnya timbul isu Shaklee menyokong Israel, menyalurkan sumbangan
kepada kerajaan Israel bagi membeli senjata-senjata yang digunakan dalam
membunuh saudara Islam kita di Palestin.
MasyaAllah… itu ke sebenarnya yang dilakukan oleh Shaklee?
Macam tu marilah kita sama-sama boikot produk Shaklee sebab jual produk
Shaklee, beli produk Shaklee sama lah macam kita sendiri meletakkan tangan
dalam penderitaan saudara Islam kita di Palestin.
Ikutkan hati malas nak ulas isu ni sebab kita semua manusia
yang dianugerahkan mata untuk membaca, telinga untuk mendengar dan akal oleh
Allah untuk berfikir, membuat pertimbangan dan membuat keputusan sendiri.
Bukannya sekadar dengar cakap-cakap dan fitnah orang.
“Alaaa, memang la kau cakap macam tu sebab kau sendiri
pengedar Shaklee”. Ya memang artikel ini dibuat atas kesedaran saya sebagai
pengguna dan pengedar Shaklee. Maka tugas saya untuk didik pembaca yang mahu
buka mata pada kebenaran tentang fakta sebenar.
Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi yang sudah wujud
sejak tahun 1958. Ya, Shaklee berpusat di Amerika Syarikat, antara negara
sekutu kuat Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang diberi jolokan
Tangan Israel Asia Tenggara. Tapi berapa ramai rakyat kita yang melancong ke
Singapura, menyumbang kepada pelbagai sumber pendapatan Singapura. Tidak
mustahil kan ada yang disalurkan ke Israel atas dasar hubungan diplomatik erat
Singapura-Israel?
Ini bukan tentang Singapura. Ini tentang Shaklee. Ya Shaklee
berpusat di Amerika Syarikat. Seluruh dunia tahu Amerika sekutu kuat Israel.
Tapi di manakah letaknya kedudukan Shaklee di dalamnya?
TIADA KAITAN
Kenapa? Sebab Shaklee adalah sebuat syarikat nutrisi yang
memasarkan produk-produk kesihatan melalui pengedar. Jadi siapa yang dapat
untung dari jualan? Ya memang ada bahagian Shaklee dapat tapi sebahagian besar
pengedar sendiri yang dapat melalui bonus bulanan dan pelbagai insentif lain.
Apa pengedar nak buat dengan bonus tu, itu terpulang kepada pengedar sendiri.
Apa yang Shaklee buat dengan bahagiannya? Salurkan pada
Israel? Tidak, anda salah. Selain untuk urusan syarikat dan pekerjanya, Shaklee
gunakan untuk penyelidikan produk. Shaklee menjalankan 100,000 ujian kualiti
dan setiap bahan mentah yang digunakan perlu melalui 350 ujian berasingan. Itu
yang Shaklee buat dengan duitnya. Bukan pergi salurkan pada Israel. Kerana itu
juga, produk Shaklee sentiasa berubah, bertukar formula, ditambahan bahan baru.
Semuanya hasil penyelidikan untuk pastikan kualiti produk terjamin dan
produknya 100% berkesan.
Tidak salah untuk rasa musykil. Tidak salah untuk bertanya.
Tapi salah untuk menyebarkan fitnah dan menuduh orang menyokong Israel hanya
semata-mata menggunakan produk yang kilangnya bertapak di Amerika. Tidak
mungkin kami para pengedar Shaklee sanggup teruskan jika benar kami turut
menyumbang dalam penderitaan saudara Islam kami di Palestin.
Tapi apa yang pasti, dengan bonus yang kami terima itu kami
mampu salurkan ke tabung-tabung untuk membantu saudara Islam kami di Palestine.
Yang dok mencanang fitnah tu pun belum tentu menyumbang kan?
Di zaman sahabat dulu, Saidina Othman pernah membeli sebuah
pergi dengan harga yang sangat mahal dari seorang Yahudi kerana itulah
satu-satunya sumber air yang ada. Kemudian diwakafkan telaga itu untuk kegunaan
orang ramai. Dari situ kita boleh lihat hatta nak membeli dari orang Yahudi pun
tak salah. Tapi point utamanya itulah kelebihan berduit. Kita boleh gunakan
semula untuk membantu saudara Islam kita.
Jadi bukalah mata. Gunakan kelebihan akal yang Allah beri
untuk buat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan tolong
sebarkan fitnah yang tidak betul. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari
Shaklee, itu hak dan pilihan anda.
Ayuh doakan keselamatan para pejuang Islam dan sudara Islam
kita di Palestine, ayuh bersama menyumbang untuk meringankan penderitaan mereka
di sana.
Aman Palestine
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Kredit to Master Aimi
No comments:
Post a Comment