.

.

Monday, 20 October 2014

Journey To Sabah With Love

As salam semua, hari ni sy just nak cerita pengalaman untuk pertama kali ke Sabah 4D3N / 15-18 Okt 2014  untuk kami sekeluarga. Beli tiket flight hampir setahun yang lepas. Masa tu Air Asia buat promo. So sampai la masa yang ditunggu2 tiba juga akhir nya. Kami seramai 7dewasa dan 1 baby mulakan perjalanan seawal pagi.



15hb Okt 2014 ( Rumah ke KLIA2 )
----------------------------------------------

0630 - bertolak dari hulu langat ke ERL Putrajaya

0730 - sampai di ERL Putrajaya, park kete bahagian berbumbung lebih selamat dan caj sepanjang kami tinggal kan kereta hany  RM14 saje ok!! . So 2biji kereta just RM28!! ( caj parking kereta bayar masa nak keluar nanti ). Then beratur beli tiket untuk ke KLIA2 RM6.20/person untuk harga tiket

0930 - sampai2 terus checkin luggage, sebab da web checkin. So tak makan masa yang lama nak beratur. Sebelum 1020 da kene masuk untuk boarding. Kire ngam2 la masa, tak rushing sangat.

1020 - Kami semua da ade dalam 'belon" hehe. Abah n bella ( adik bongsu ) nebes + excited semua la ade, sebab dorg 1st time naik nak fly huhu. Macam2 ragam tengok riak wajah..

1430 - Kami selamat tiba di KKIA2. Alhamdulillah...


* tiket tren dari Putrajaya ke KLIA2 untuk 7dewasa, yaya kire infant lagi.




* dalam tren mula2 kami kena berdiri sebab takde seat. apa la yang abah fikir kan..1st time bagi die kan hehe.


* yaya pagi2 da bangun, mcm tau jer nak berjalan. walau bangun pagi stil nampak hepi.



*lepas stesen Salak Tinggi, baru semua dapat duduk huhu..Bella, Yanie, Me & Ina




* da sampai KLIA2, rehat jap sebab penat jalan hehehe.. love u hubby



* rupanya yanie da lama cari kedai Sticky ni..kemain hepi lagi shoping gula2 mahal dia tu.





*hepi nya orang tua ku..mak & abah tersayang







15hb Okt 2014 ( KKIA2 Ke Kundasang )
----------------------------------------------------

1430 - Kami selamat tiba di KKIA2. Alhamdulillah dan driver kami Din namanya untuk bawa ke kundasang sudah tunggu.

1500 - Din singgah di 1 pekan area MARDI Kota Kinabalu untuk kami makan & solat seketika. Chicken wing kat situ sedap sangat huhu. Ada pasaraya kat situ juga, so kami beli siap2 barang untuk masak2 kat homestay di kundasang nanti. Selepas itu kami meneruskan perjalan ke Kundasang.

1600 - Sepanjang perjalanan ke Kundasang memang teruja la sangat. Da rasa sejuk2 walau tak smpai kaki gunung lagi. Memang best sangat ok. Odway kami singgah sekejap di Pekan Nabalu untuk rasa buah Tarap. Sangat2 sedap tau. Jadi ketagih ler pulak huhu. Terus kan perjalanan lagi ada yang tidur dalam perjalanan, tapi me celik kan mata tak nak rugi tengok keindahan hehehe. 

1730 - Akhirnya kami selamat tiba di homestay yang me da boking siap2 sebelum ke sini Alpine D'Bayu Chalet  di kaki gunung Kinabalu dan 5 min jer dari Dairy Farm yang lembu macam kat New Zealand tu.. Subahanallah sungguh cantik ciptaan tuhan. Permandangan yang indah permai. Hari pun semakin gelap. So tiada aktiviti untuk hari ini, kita sambung the next day ok..tungguuuu..




* huwaaaghhhh sedapppp



* bedal pun boleh, macam nak bedal orang jer kak hubby me kata hahaha



* memang sedap, bukan manis gula yang lekit2 macam kat semenanjung tau..



* hah ni lah die buat tarap. Sebiji RM2 jer..beli kat Pekan Nabalu sumpah sedap, da ketagih da



tungguuuuu sambungan lagi yer..





No comments:

Post a Comment