Anda ada masalah biji lemak bawah mata?
Rupanya ramai di kalangan kita yang ada masalah ni kan..
Tanpa kita sedari atau tidak.
Cuba anda belek bawah mata anda, kawasan muka & leher,
ada tak biji -biji lemak ni?
Kalau ada, anda perlu baca entry ni sehingga habis.
Sebenarnya, biji lemak ini terjadi disebabkan kadar
trigliserida yang tinggi dalam badan anda.
Dengan kata mudahnya, anda ada masalah kolesterol tinggi.
Kolesterol tidak mengenal erti saiz badan.
Walaupon anda berbadan kurus, tak semestinya tahap kolesterol
anda rendah.
Tetapi, sekiranya anda 'overweight' peluang anda mendapat
tahap kolesterol bahaya lagi lah tinggi.
Antara simptom-simptom yang anda ada masalah kolesterol
tinggi adalah:
2). Cepat letih dan mengantuk
3). Kerap sakit kepala
4). Kulit berminyak – masalah kulit muka berminyak secara
berlebihan, jerawat & masalah kulit kepala berminyak
5). Kerap mengah dan sakit dada
Jom Kenali Apa Itu Kolesterol?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan
sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam
edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh
daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan
produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran
darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil
chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga
menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.
Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di
antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke
dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan
protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati
ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL)
atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran
darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali
sebagai kolesterol baik.
Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia
mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan
pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.
Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran
arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri
koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah
dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung
menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan
saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan
jantung).
Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik
kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk
dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada
dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.
Cara Mengatasi:
Selain menjaga cara pemakanan, anda juga boleh mengamalkan
suplemen yang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol jahat di dalam darah
anda.
Anda boleh dapatkan SHAKLEE OMEGAGUARD yang terbukti dapat menurunkan paras
kolesterol jahat dalam badan.
Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee:
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari
ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi
kandungan toksik yang tinggi
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3
kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di
pasaran kerana OmegaGuard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3
paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi
termasuk EPA, DHA dan ALA
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak
omega 3, EPA dan DHA
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen
bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3
molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan
berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, & PCB
Dapatkan SHAKLEE OMEGAGUARD anda segera kerana NOVEMBER 2014
merupakan bulan promosi OMEGAGUARD, PERCUMA 1 BOTOL dengan setiap pembelian 6
botol!
Atau, promosi combo, dapatkan extra 5% DISCOUNT untuk setiap
pembelian 2 botol SHAKLEE OMEGAGUARD!
No comments:
Post a Comment