.

.

Monday, 22 July 2013

Anda Keguguran di Awal Kehamilan


Keguguran di Awal Kehamilan

Trimester pertama, merupakan detik getir kehamilan. Banyak kemungkinan dan permasalahan yang mungkin berlaku pada awal kehamilan. Antara yang paling menggusarkan, adalah berlakunya pendarahan.

Pendarahan yang terjadi selalunya sedikit. Namun ianya adalah sesuatu yang harus diambil berat. Jangan pandang ringan walaupun darah yang keluar hanyalah sedikit.
Sekiranya ini berlaku, berjumpah dengan doktor. Pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan vagina akan dilakukan untuk memastikan keadaan bayi.

<< Threatened Abortion >>
selalunya janin kelihatan baik. Ibu akan diminta berehat untuk beberapa hari, dan berkemungkinan doktor akan memberi suntikan atau sejenis pil progesteron. Selalunya keadaan akan berhenti selepas beberapa hari dan kandungan dapat membesar seperti biasa. Ada pelbagai andaian hal ini berlaku, andaian yang paling diterima adalah disebabkan kekurangan hormon protesterone yang dihasilkan oleh korpus luteum.

<< Missed Abortion >>
ibu-ibu terasa seperti hilang tanda-tanda mengandung, tiada lagi loya dan muntah. Melalui pemeriksaan ultrasound, janin akan kelihatan lebih kecil, tidak bergerak dan tiada denyutan nadi. Karung luar janin mungkin akan mengecil dan kelihatan tidak sekata. Dalam keadaan ini, janin tidak lagi hidup dan perlu dikeluarkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

<< Incomplete Abortion >>
sekiranya pendarahan keluar dengan banyak dan disertai sakit perut yang kuat, perlu berjumpa doktor segera dan memerlukan pencucian rahim segera. Dalam keadaan ini, sebahagian kandungan telah keluar dan sebahagian lagi masih tinggal di dalam.
Vitamin selepas Keguguran
Secara amnya, keguguran adalah seumpama bersalin. Kita memerlukan suplemen bagi membantu tubuh ibu bertenaga dan pulih seperti biasa.

Apa yang disarankan adalah, BComplex + Vitamin C + Vitalea +Zinc


No comments:

Post a Comment