Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
- Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
- Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
No comments:
Post a Comment