.

.

Saturday, 25 January 2014

~ Set Slimming Budget ~

Siapa kata SET SLIMMING budget tiada namapak kesan. Jika anda istiqamah dalam setiap pengambilan vitamin shaklee, insyallah pasti ade kesan positif juga. Beliau mengambil ALFALFA + LECITHIN + ESP / CINCH . So siapa nak order, contact saya ok.Insyallah konsultasi akan diberi dan tips2 hebat juga.

CALL / PM / WSSP
0193310481

COD HULU LANGAT, BTHO, UPM, MARDI, PUTRAJAYA, BANGI


~ Tips Penyusuan Bagi Ibu Yang Mengalami Inverted Nipple ~



 Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple mungkin menjadi satu masalah bagi mereka. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu dan  memberikan kepada anak melalui botol.

Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pam susu, itu dah kira baik. jangan cepat putus asa ye ibu2. Disebabkan puting tenggelam, terus tak bagi susu ibu untuk si manja. Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipple:

* Lekapan yang betul
- -> Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja.  Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu

* Picagari khas untuk mengeluarkan puting
 --> Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan

*Kerap pam susu
--> Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar

* Gunakan nipple shield
--> Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu

* Urutan
--> Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera.

 Ibu yang mempunyai masalah inverted nipple boleh cuba tips-tips yang saya berikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda.

Wednesday, 22 January 2014

~ Ada Masalah Gastrik ?? ~

 Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya,keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.



Bagaimana Gastrik Terjadi
===================== Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus.
Ketika proses pencernaan  berlaku,kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. 
Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik
======================== ●Peminum arak (arak ni bersifat asid)
●Perokok
●Makan dengan berlebihan
●Makan makanan yang terlalu pedas
●Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
●Jangkitan
●Skipping meals
●Stress

Symptom Pesakit Gastrik
==================== 
●Tiada selera makan
●Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
●Perut memulas - bila makan bertambah sakit
●Muntah-rasa loya Cirit birit - najis berwarna hitam
●Lemah, demam
●Kembung perut-sakit dada
●Pedih ulu hati

Cara Merawat dan Menangani Gastrik
================================
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
●Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
●Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
●Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). 
●Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
●Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
●Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
●Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
●Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik
============================================

1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus 
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

BERMINAT?
TAWARAN HEBAT

0193310481 nad
COD HULU LANGAT, BTHO, UPM, MARDI

Thursday, 2 January 2014

~ Saya Pngedar Sah Anda ~

Nadia Kamal
Id 907203
COD: Hulu langat, BTHO,Cheras Perdana,  MARDI, UPM, Putrajaya,Bangi
Call/PM/Wssp
0193310481

Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah. Anda boleh membuat pembelian dengan saya secara online, dan saya akan poskan ke rumah anda dengan mengambil masa 2-3 hari bekerja, melalui Pos Laju Malaysia.

Jika anda berada berhampiran dan kawasan sekitarnya, anda boleh berjumpa saya untuk membuat pembelian secara Cash On Delivery. Setiap pembelian melalui saya akan diberi khidmat konsultasi percuma, dan bimbingan sepanjang pengambilan produk.

Shaklee mempunyai pelbagai produk yang sememangnya terbukti berkesan sejak 50 tahun dulu, dan vitamin Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi, tampa pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Istimewanya Shaklee berbanding vitamin lain di luar sana, tiada silica gel digunakan dalam botol vitamin Shaklee kerana vitamin kerana ternyata semulajadi dan berkualiti tinggi.

Apa produk yang kami tawarkan?
  1. Untuk Penyusuan Ibu
  2. Kecantikkan Kulit
  3. Untuk Menurunkan Berat Badan
  4. Untuk Kesihatan Secara Menyeluruh
  5. Vitamin Untuk Membekalkan Tenaga
  6. Vitamin Untuk Anak
  7. Untuk Awet Muda
  8. Untuk Mengurangkan Penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, gout dll
  9. Untuk kesihatan ibu mengandung
  10. dan banyak lagi produk yang tak dapat disebutkan semua di sini..

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut, dan rajin-rajinlah mengunjungi blog saya untuk informasi terkini mengenai produk kami. 

~ 10 Punca Lemah dan Mengantuk Serta Tips dan Petua Cara Mengatasi ~

"Penat lah". "Letihnya hari ni"." Hari ni sangat exhausted". Ha...Itu mungkin antara ayat-ayat yang sering kita sebut di akhir sisa-sisa masa kita dalam satu hari. Mungkin sampai satu tahap kita rasa dah nak "melepek ke lantai" dek tak tahan rasa penat dan mengantuk. Mungkin rasa nak letak batang mancis macam Mr Beans untuk elak mengantuk.. Pernah tengok tak part tu =) Tapi sebenarnya punca kita lemah dan mengantuk?? Teliti senarai di bawah.

~ SET A Shaklee Untuk Kesihatan Optimum ~



Set A adalah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja dan warga emas boleh mengamalkan vitamin-vitamin dalam Set A ni. Set A terdiri dari 3 vitamin iaitu Vita-Lea, Sustained Release Vita-C dan B Complex.

Vita-Lea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 Vitamin dan 9 Mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  4. Penting bagi proses pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrien yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan
  8. Nak tahu lebih lanjut mengenai Vita-Lea (Multivitamin), boleh rujuk DISINI
Sustained Release Vita-C
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
  7. Nak tahu lebih lanjut mengenai Sustained Release Vita-C, 
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stres
  5. Mengelakkan sembelit
  6. Nak tahu lebih lanjut mengenai B Complex, 
Set A ini untuk siapa?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang

~ HANGATKAN KEMBALI Hubungan Intim Anda Seperti Malam Pertama ~

Sedang asyik bercumbu mesra dengan suami tiba-tiba dia menolak lembut anda ke tepi. Wajah tampak sugul. Bila diaju soalan, sang suami mendiam seribu bahasa. Dari gerak tubuhnya jelas menunjukkan beliau merindukan kehangatan hubungan intim seperti malam pertama!
Pernahkan situasi di atas terjadi kepada anda? Jika tidak, Alhamdulillah! Ramai wanita yang sudah melahirkan anak berasa susah hati apabila mengalami pengalaman bahagian alat sulit itu sudah ‘longgar’ dan kemutannya pun sudah tidak sehebat dan sehangat malam pertama.
Permasalahan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan wanita yang telah berumahtangga dan melahirkan cahaya mata. Ia sebenarnya menjadi longgar akibat perubahan hormon selepas kaum wanita melahirkan zuriat. Namun, jika tidak diusahakan, bimbang jika sang suami bersikap nakal dan mencari hiburan di luar dan menimbulkan masalah rumahtangga pula. Nauzubillah!
celikvitamin vita E HANGATKAN KEMBALI hubungan intim anda seperti malam pertama!
Ketika wanita hamil, saiz pelvik akan ikut sama membesar bagi menyokong proses kelahiran bayi. Proses tersebut akan mengakibatkan perubahan pada bahagian lantai pelvik dan seterusnya bahagian vagina wanita. Selepas itu, proses melahirkan anak melalui pintu rahim juga menyumbang kepada perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Apatah lagi jika anda sudah beranak 2 atau 3, kelahiran bayi yang berulangkali ini mengembangkan salur vagina dan mengekalkannya kepada ruang sebenar. Ia menyebabkan bahagian sulit tersebut tidak lagi sesempit dan seketat dahulu.
Setiap wanita perlu melakukan sesuatu untuk merapatkan kembali bahagian intim. Kaum hawa perlu memfokuskan kepada penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya adalah aspek penting untuk merapatkan keintiman.
Salah-satunya ialah dengan pengambilan vitamin E Shaklee yang juga dikenali sebagai Vitamin Cinta.
vitaE400IU HANGATKAN KEMBALI hubungan intim anda seperti malam pertama!
Peranan vitamin E Shaklee kepada suami adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.
Peranan Vitamin E kepada isteri adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).
alfafaS HANGATKAN KEMBALI hubungan intim anda seperti malam pertama!
Bagi wanita, disarankan agar mengambil sekali dengan Alfalfa kerana Alfalfa Shaklee berfungsi :
  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).
Hangatkanlah kembali hubungan intim anda dengan suami. Buatlah sedikit pelaburan untuk menambat hati suami. Suami pula semakin hari semakin sayang. Testimonial dari seorang pelanggan saya, setelah 2 minggu pengambilan, suami selalu memuji kerana menurut si suami bahagian ‘itu’ rapat seperti malam pertama!

~ Alfalfa Shaklee: Merapatkan Kembali "Miss V" Selepas Bersalin ~

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama. 
Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi. Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.



Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.


Rawatan
Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.

Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.

Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?
1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.

Pemakanan Sihat
Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut. Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin. 
Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta. 
Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat. Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.

Tip


• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti evening primrose oil dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan.



Alfalfa Shaklee 

alfalfa shaklee, merapatkan miss v

Alfalfa Shaklee telah terbukti berkesan untuk merapatkan kembali miss V, merawat keputihan di kalangan wanita & menegangkan payudara. Jom kita tengok testimonial di bawah: