.

.

Saturday, 25 January 2014

~ Tips Penyusuan Bagi Ibu Yang Mengalami Inverted Nipple ~



 Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple mungkin menjadi satu masalah bagi mereka. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu dan  memberikan kepada anak melalui botol.

Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pam susu, itu dah kira baik. jangan cepat putus asa ye ibu2. Disebabkan puting tenggelam, terus tak bagi susu ibu untuk si manja. Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipple:

* Lekapan yang betul
- -> Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja.  Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu

* Picagari khas untuk mengeluarkan puting
 --> Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan

*Kerap pam susu
--> Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar

* Gunakan nipple shield
--> Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu

* Urutan
--> Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera.

 Ibu yang mempunyai masalah inverted nipple boleh cuba tips-tips yang saya berikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda.

No comments:

Post a Comment