"Penat lah". "Letihnya hari ni"." Hari ni sangat exhausted". Ha...Itu mungkin antara ayat-ayat yang sering kita sebut di akhir sisa-sisa masa kita dalam satu hari. Mungkin sampai satu tahap kita rasa dah nak "melepek ke lantai" dek tak tahan rasa penat dan mengantuk. Mungkin rasa nak letak batang mancis macam Mr Beans untuk elak mengantuk.. Pernah tengok tak part tu =) Tapi sebenarnya punca kita lemah dan mengantuk?? Teliti senarai di bawah.
Imej-Google
1. Tidak cukup tidur
Tidak cukup tidur antara sebab utama anda menjadi letih dan mengantuk. Bila tak cukup tidur, badan tak cukup rest. Bila tak cukup rest, haaa...mata mula rasa nak mengantuk sebab nak claim "masa rehat" yang tak cukup semalam. Bila kita tidak dapat tidur yang cukup, ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan. Adalah disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur kita satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Contoh: mesti tidur sebelum 11.30 malam. So, bila tengok jam dah pukul 11.30 malam tu, kuatkan semangat pergi tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Kalau rasa tak boleh tidur, amalkan baca surah Al Mulk sebelum tido. Still, tak dapat tido, bacalah buku yang boleh buat anda mengantuk =).
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
3. Tidak cukup tenaga
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
5. Tekanan Emosi
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
8. Penyakit Kencing Manis
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
10. Dehidrasi
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
No comments:
Post a Comment