Hari
Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat
mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
Berikut
adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:
.
1.
Hari Paling Mulia
Hari
Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari.
Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
Allah
SWT ciptakan Adam Alaihissallam
Nabi
Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
Nabi
Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
Allah
mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
Hari
Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling
baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta
diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari
tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap
Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR.
Muslim)
.
Abu
Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة
“Sebaik-baik
hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam
Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam
syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah
kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)
Dalam
riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….
“Sesungguhnya
seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam
diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala
(tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”
2.
Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari
Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى
الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka
yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat
yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari
Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah
صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang
sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari
Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat,
mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah
yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang
akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz
Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan
dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada
hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan
hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah
SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩
“Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari
Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual
beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
.
.
3.
Penghulu Segala Hari
Hari
Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai
ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam
suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat
dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik
hari).”
.
Dari
Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat
adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari
Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah.
Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya
ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu
yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak
memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah
seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali
dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
4.
Hari Kebesaran Mingguan
Dalam
7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap
minggu.
Ibnu
Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini
adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak
menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu
Majah)
5.
Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
Solat
Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu
adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah
SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah
صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat
Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir
solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan
Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji
telur.”
6. Hari Ramai Malaikat
Turun ke Bumi
Pada
hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di
tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak,
mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama
mereka yang hadir
ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila
telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk
menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai
Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan
Jumaat.”
Allah
SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku,
sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
7.
Hari Mustajab Berdoa
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu
masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT
sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah
SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya
daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
Hari
Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik
iaitu di antara:
a. Imam
duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada
akhir waktu Asar.
Ibnu
Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang
paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih,
pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan
ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul
Ma’ad Jilid I/389-390).
8. Hari
Dihapuskan Dosa
Diampuni
dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu
(sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa
(ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari
Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah
seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan
minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju
masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan),
kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam
mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa
dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR.
Bukhari)
.
Salman
Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari
Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi,
lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian
solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni
dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
9. Hari
Lebih Utama Bersedekah
Sedekah
pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu
Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada
enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan
lainnya.” .
Hadis
dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding
hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
10.
Hari Meraih Pahala
Orang
yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat
akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus
bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari
Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan
kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala
puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR.
Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
11.
Hari Hidayah Daripada Allah SWT
Hari
Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat
Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu
Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-،
فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita
adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan
kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita
sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu
Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari
yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada
kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat)
ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad)
untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam
riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah
telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi
memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah
mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka
Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita)
berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia,
tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka
sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
12.
Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
Meninggal
dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul
Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan
oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada
siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari
fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
13.
Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang
yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah
(bencana/seksa) kubur.
Daripada
Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari
Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada
fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
14.
Hari Berlakunya Qiamat
Jumaat
merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari
pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى
الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada
hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Dalam
hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah
Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan
ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan
tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla
melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi
melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu
Majah dan Al-Baihaqi)
15. Hari Dapat
Melihat Allah SWT Di Syurga
Hari
tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman
Allah SWT
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan
di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati
mereka).”
(Surah
Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang
sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami
memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT
menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
Semoga
Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah,
lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah
sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang
diberikan kelebihan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment