Rezeki Yang
Berkat Akan Di Gunakan Di Jalan Yang Di Redai Oleh Allah SWT
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji
bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang
dirahmati Allah,
Salah satu
soalan yang akan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adalah dari mana
sumber harta yang kita miliki dan kemana pula harta tersebut di gunakan?
Rezeki yang
berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan
digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT
Apabila kita
mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah SWT akan memberkati hidup kita dan Dia
akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.
Rasulullah SAW.
bersabda yang maksudnya, “ Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan
makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat
orang mencukupi untuk lapan orang. ” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap mukmin
hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa yang ada tanpa
banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah
tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki
yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah
kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di
atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
Rasulullah SAW.
pernah bersabda yang maksudnya, “ Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah
dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu
daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan
(ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada
musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Rezeki adalah
ketentuan Allah SWT . Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri
dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana
hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh
masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang
lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan
iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin
dari sifatnya yang qanaah.
Kita sering
mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya
porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara
suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi
ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.
Kita juga
mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang
ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjaya di
dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang
dikurniakan oleh Allah SWT.
Dari Abu
Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Allah telah berfirman, “ Telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (
pengedar ) rezeki kepada Bani Adam : Mana satu hamba-Ku yang kamu temui
menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan
bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya,
sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya
tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan
apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada
apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim )
Sahabat yang
dimuliakan,
Setiap wang
ringgit atau harta yang kita miliki pastikan dipergunakan kepada jalan-jalan
kebaikan. Jangan membazir dan jangan bakhil kerana membazir dan bakhil itu adalah
amalan syaitan. Jauhkanlah diri kalian daripada menjadi salah satu golongan
yang di benci oleh Allah SWT.
Golongan yang
mulia dan dikasihi oleh Allah SWT adalah golongan yang memiliki harta kemudian
harta tersebut digunakan ke jalan yang diredai oleh Allah SWT iaitu :
1. Bersifat
pemurah dan suka memberi sedekah dan menginfakkan harta di jalan Allah SWT.
2.
Mempergunakankan hartanya untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Daripada ilmu
yang diperolehi akan di sebarkan dan di sampaikan kepada orang lain.
3.
Mempergunakan hartanya untuk membeli kitab suci al-Quran, tafsir al-Quran,
hadis-hadis Nabi SAW, buku-buku agama , buku-buku tazkirah dan majalah-majalah
Islam yang berupaya meningkatkan ilmu syarak dan memberi manfaat yang besar.
4. Membiayai
pembinaan sekolah agama, maahad tahfiz, masjid-masjid dan pusat-pusat dakwah
dan membiyai persekolahan anak-anak yatim dan golongan miskin untuk meneruskan
persekolahan dan pengajian tinggi.
5. Hartanya di
gunakan dalam bidang perniagaan mengikut cara Islam supaya dengan harta ini
dapat dikembangkan dan dapat memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan dapat di
bayar zakat perniagaan.
Sahabat yang
dikasihi,
Ingatlah bahawa
sesungguhnya setiap harta yang di zakatkan, di sedekahkan dan di beri sumbangan
kebajikan untuk membantu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan
tertindas (seperti di Palestin dan Syria) maka harta tersebut akan di berkati
dan ini merupakan saham akhirat yang tidak akan mengalami kerugian di akhirat
nanti. Jika harta yang kalian guna untuk makan dan minum secara mewah maka
ianya akan bertukar menjadi najis, jika di beli kenderaan mewah maka kenderaan
akan buruk dan rosak tetapi jika harta kalian di sumbang dan infakkan di jalan
Allah SWT maka saham ini tidak akan rugi atau jatuh malahan keuntungannya akan
di pergandakan oleh Allah SWT sehingga 700 kali ganda.
Firman Allah SWT maksudnya : "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah ayat 261)
Firman Allah SWT maksudnya : "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah ayat 261)
No comments:
Post a Comment