.

.

Monday, 11 November 2013

~ Ceaseraen ~

For those yg selalu memperkecilkan kesakitan antara bersalin normal n czer....jgn anggap czer ni xsakit...bius kalu da abis luka torehan ape xsakit...n jgn fikir bersalin normal je yg sakit...kalu boleh dua2 cara ni aku nk rs...tp ketentuan Allah...sape yg berani mempertikai...n para suami plsss jaga wife u all sebaik mungkin...betapa seksanya dia nk mengeluarkan zuriat anda satu2nya...n once u care bout u wife u akn lbh menghargai ibu yg melahirkan u all....


Ceaseraen
=====================================
 Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak best nya bersalin kaedah ini, mengikut pengalaman ramai ibu bersalin cara ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Kaum lelaki belum tentu boleh jadi sekuat dan setabah wanita.
 Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting.

 Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:

 Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.

 Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.

 Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.

 Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.

 Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah

 Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.

 Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.

 Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.

 Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
 Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu

 credit to Norazlina Mohd Damin

http://healthylifenad.blogspot.com/search/label/Set%20Berpantang

No comments:

Post a Comment