Memang enak menikmati dadih lemon dihidang bersama secawan teh untuk minum petang. Enak disapu bersama skon, biskut atau roti. Anda juga boleh menjadikan ia sebagai inti membuat kek atau tat. Untuk hidangan ringkas boleh sapukan di antara biskut tawar, campurkan dengan ais krim vanilla atau yogurt. Pasti digemari ahli keluarga. Jom belajar buat sendiri dadih lemon.
Bahan-bahannya:
3 atau 4 biji lemon
¾ cawan gula
8 sudu besar mentega tanpa garam (dipotong kiub)
5 biji kuning telur
¼ sudu kecil garam
Cara menyediakannya:
- Perah kesemua lemon untuk mendapatkan jusnya. Jadikan ½ cawan jus.
- Campur gula dan kulit lemon dalam mesin pengisar makanan dan kisar sehingga halus.
- Tambah mentega, kuning telur, jus lemon dan garam dan kisar kembali.
- Tuang campuran dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Sentiasa dikacau menggunakan spatula. Jangan tinggalkan masakan kerana ia mudah pekat.
- Masak sehingga campuran menjadi pekat antara 12 – 15 minit.
- Tuang campuran dalam penapis untuk mengeluarkan ketulan yang tidak larut. Tuang dalam bekas kaca bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan sehingga beberapa minggu.
No comments:
Post a Comment