.

.

Wednesday, 19 February 2014

~ Penciptaan Bayi, Keajaiban Alam ~



Seperti hidup dan mati, jodoh dan pertemuan, zuriat adalah ketetapan Allah s.w.t. sebagai rahmat serta ujian buat hambanya. Ada pasangan yang dimurahkan rezeki dan ada pasangan yang diuji dan sukar mendapat zuriat. Memang benar, untuk hamil bukanlah semudah yang disangka kerana selain izin Allah, banyak lagi faktor biologi yang memainkan peranan. Buat yang masih kabur bagaimana permulaan kehamilan, semoga info di bawah membantu anda. Pastinya di akhir artikel ini anda akan sedar bukan mudah untuk hamil.

Dalam tempoh subur, melalui proses ovulasi, ovari wanita akan melepaskan satu sel ovum matang (telur) yang kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Tiub Fallopio.
Dalam masa 24 jam, sel ovum ini tiba di Tiub Fallopio dan akan terus menunggu kedatangan pasangannnya iaitu sel sperma. Di tiub Fallopio jugalah akan berlaku proses persenyawaan.
Semasa proses ejakulasi, berjuta sel sperma akan dilepaskan ke dalam ruang rahim wanita melalui vagina dan sel sperma ini hanya mempunyai tempoh selama 72 jam untuk melakukan persenyawaan dengan sel ovum di Tiup Fallopio.

Sebaik memasuki ruang vagina, sekurang-kurangnya 50% sel sperma akan terus mati disebabkan persekitaran vagina yang terlalu berasid.
Baki sel sperma yang sihat dan kuat akan melalui ruang rahim untuk menuju ke Tiub Fallopio.
Semasa di ruang rahim, 50% dari baki sel sperma akan mati kerana persekitaran rahim yang terlalu mencabar dan penuh denagan perangkap.

Baki sel sperma yang berjaya bertahan akan meneruskan perjalanan mereka ke Tiub Fallopio. Semasa melalui Tiub Fallopio, sebahagian besar akan mati kerana kekurangan tenaga dan sebahagian besar lagi akan mati kerana terperangkap di celah-celah 'cilia' (bulu halus dalam Tiub Fallopio yang membantu pergerakkan sel ovum tetapi boleh memerangkap sel sperma).
Baki sel sperma yang berjaya memasuki Tiub Fallopio akan menunggu kedatangan sel ovum.
Sebaik sahaja sel ovum mengesan kehadiran sel sperma, ovum akan mengeluarkan hormon untuk menarik perhatian sel sperma.

Sel sperma yang sedang berehat akan berenang menuju ke sel ovum untuk persenyawaan.
Daripada sejuta sel sperma yang dilepas ketika ejakulasi, hanya puluhan sel sperma yang berjaya sampai ke sel ovum.Baki sel sperma akan bertarung untuk memasuki sel ovum tetapi hanya SATU sel sperma yang betul-betul sempurna, kuat dan sihat yang akan berjaya memasuki sel ovum untuk meneruskan proses persenyawaan manakala yang lain akan mati.

Sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku, terbentuklah 'embryo' yang akan meneruskan perjalanan ke rahim dan akan terus membesar menjadi fetus dan kemudiannya lahir ke dunia sebagai seorang bayi.
Bukan mudah untuk mengandung apatah lagi menjadi seorang ibu dan ayah. Proses kehamilan memerlukan 1 sel ovum yang sihat, 1 sel sperma yang sempurna, sihat dan kuat, masa yang sangat tepat dan dengan izin Allah. Jika tidak, kehamilan tidak akan terjadi. Itulah keajaiban ciptaan Allah.

No comments:

Post a Comment