.

.

Friday, 4 April 2014

Shaklee BTHO ; Bersaing Secara SIhat




Sekadar berkongsi ilmu.

Salah satu aplikasi dalam pemasaran Nabi Muhammad S.A.W ialah PENETAPAN HARGA (PRICING).

Konsep penetapan harga (pricing) ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada 1400 tahun dahulu melalui hadisnya yang terkenal.
Daripada Abdullah bin Umar;
"Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W melarang persaingan yang tidak sihat di kalangan peniaga seperti perang harga yang melampau. Namun, beliau menganjurkan persaingan secara sihat dengan mengutamakan kualiti produk dan nilai tambah kepada sesuatu produk. Produk juga adalah kos yang bakal ditanggung oleh pihak pembeli bagi memperoleh manfaatnya.

No comments:

Post a Comment