.

.

Tuesday, 8 April 2014

Shaklee Hulu Langat; Mengapa Cepat Lapar Selepas Ambil Supplement




Bila ambil suplemen cepat rasa lapar??
Makan pun semakin beselera??
Asyik-asyik nak mengunyah je??
Tapi tetap juga rasa lapar??

Pernah rasa macam tu tak?? Ramai yang bertanyakan soalan kepada saya. Tapi sebelum tu, meh kita tengok apa PUNCA SEBENAR.

Ni la antara sebab-sebabnya :-
  • Ia dikaitkan dengan metabolisme badan yang meningkat selepas mengambil vitamin.
  • Proses pemulihan memerlukan tenaga jadi secara tidak langsungnya ia akan meningkatkan metabolisme badan.
  • Metabloisme yang tinggi memerlukan makanan sebagai bahan bakar, jadi dah tak ada bahan bakar untuk "dibakar" dalam badan maka sebab tula kita terasa lapar.
Adakah proses ini akan berlarutan? Sampai bila?? Saya takut GEMUK!

Copp jangan risau okehh! Fasa ini akan berakhir dengan cepat. Tetapi bergantung kepada hormon/tahap penerimaan masing-masing. Setiap individu tahap hormon kita ni tak sama. Ada yang cepat dan ada yang sebaliknya. Jadi sabar ye :)

Tips kurangkan rasa lapar
  • Makanlah snek yang berkhasiat di antara waktu makan utama. Makanlah buah-buahan, kekacang dan minuman yang tidak menggemukkan. Dan pastinya favourite saya ESP!
  • Minumlah air masak secekupnya. Ramai yang salah anggap isyarat "lapar" hanya untuk makan sahaja, tapi tahukah anda sebenarnya badan mungkin hanya memerlukan air masak sahaja.
  • Ketika waktu makan utama, makan lah makanan yang berkualiti, cukup nutrisi dan sihat seperti nasi atau hidangan roti.

Jadi kepada anda yang baru berjinak-jinak dengan vitamin, dan berlaku masalah ini jangan bimbang dan takut ye! Amalkan tips yang telah diberikan tadi. Ingat TANDA LAPAR BUKAN BERMAKNA PERLU MAKAN TAU! Patikan anda minum air sekurang-kurangnya 3 LITER sehari.

No comments:

Post a Comment