Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah:
1) perubahan haid yang banyak
2) sakit semasa hubungan seks
3) mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar
4) pembesaran dalam rahim dan perut
5) keguguran dan infertiliti
Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.
|
Fungsi GLA ialah ia akan mengurangkan keradangan & saiz fibroid dengan mengimbangi semula hormon wanita. Selain dari itu, vitamin ACE (carotomax,vita C & vita E) juga digalakkan untuk diambil kerana vitamin ACE ini akan menghalang radikal bebas & fibroid daripada berulang.
No comments:
Post a Comment