.

.

Wednesday 9 October 2013

~ Bukan Mudah Ibu Hamil Kembali Kurus ~


Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu semasa hamil ialah masalah kenaikan berat badan. Pasti setiap ibu hamil akan memgalami masalah ini bukan. Berat badan naik bergitu mendadak. Keadaan ini biasa berlaku kerana semasa hamil pasti ibu akan merasa seronok dan gembira, bila hati gembira macam-macam makanan hendakn di makan dan di diamkan. Waktu begini juga lah masa untuk isteri bermanja, dibelai dengan penuh kasih sayang oleh suami. Oleh itu segala permintaan isteri pasti tidak akan disia-sia oleh suami.

Apabila berat badan telah meningkat, mula lah terpikir bagaimana nak turunkan semula berat badan seperti yang asal.

Cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan selepas bersalin adalah menyusukan bayi anda pasti berkilo-kilo kalori dapat dibakar sehari. Pernah lihat tak, bayi yang menyusu badan bila kita tengok bayi badannya cukup tembam dan montel tetapi ibu nya kita tengok slim dan kurus. Ada juga yang berkata zat ibu telah diambil oleh bayi tetapi itu adalah silap, kerana dengan memberikan susu badan, ibu boleh kembali langsing dan sihat.


Tips Kurus Selepas Bersalin.
 ~Bertungku Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.

~Berbengkung Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal. ~Berurut Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.

 ~Senaman Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.


~Penyusuan Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari. Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.

Jom baca testimoni bawah ni.


HUBUNGI SAYA
0193310481

No comments:

Post a Comment