.

.

Wednesday 30 October 2013

~ Kasih Ibu Bapa ~

Bismillaah...

Kasih ibu bapa merupakan kasih sayang yang paling tulus antara manusia dengan manusia... Kasih dari ibu bapa adalah kasih yang tiada tolok banding dan kasih yang terunggul di dunia ini.. jika hendak di bandingkan dengan kasih sayang manusia lain, rasanya tiada yang lebih ikhlas walaupun adik beradik kita.. kadang-kala kita juga bergaduh dengan adik-adik kita dan kakak-kakak kita.. Namun, ibu bapa kita tidak pernah mempunyai sifat marah yang mendalam kepada anak mereka yang boleh mencetuskan kebencian dan pergaduhan. Marah mereka adalah untuk mengajar kita menjadi lebih baik.

kita sebagai anak yang soleh dan solehah haruslah menjaga hati kedua orang tua kita sebagai mana mereka menjaga hati kita dengan penuh kasih sayang. cuba anda lihat, ibu bapa kita sanggup bersusah payah mencari rezeki bagi memenuhi keperluan anak mereka.. tidak ada ibu bapa yang suka melihat anak mereka bersedih hati atas kekurangan yang terdapat pada sesebuah keluarga.. kita juga sebagai anak yang soleh / solehah harus mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita dan juga yang paling penting kita harus mendoakan agar diampuni dosa-dosa ibu bapa kita.

bagi saya, kekuatan hidup saya adalah pada kedua-dua orang tua saya. disaat kita memerlukan mereka, pasti mereka ada untuk membantu kita..di saat kita mengalami kesusahan ibu bapa kita lah yang masih sudi bersama kita. saya tidak dapat bayangkan bagaimana nanti apabila saya menghadapi saat-saat kehilangan mereka yang pasti di jemput oleh Allah.. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana untuk saya melihat ibu bapa saya menghadapi sakaratul maut. Tetapi tiada yang dapat mengelak saat-saat yang telah di janjikan oleh Allah...

Dan janganlah sesekali kita menyakiti ati mereka, kerana nerakalah tempat bagi orang yang menyakiti hati orang tua mereka.. bukan itu sahaja, kehidupan kita di dunia ini juga tidak akan tenang dan tidak akan mendapat keredhaan Allah..Malah, ada pula manusia lain akan menyakiti hati kita lebih sakit daripada sakitnya hati ibu bapa kita..kita juga tidak akan dihormati malah akan turut dipandang hina oleh masyarakat.
ingatlah wahai teman-teman, sayangilah ibu bapa anda..senangilah mereka sementara mereka masih ada di sisi anda. jagalah hati mereka.. tidak kira setinggi mana pangkat anda, tidak kira sekaya mana pun anda, jangan lah kita membuang ibu bapa kita. fikirlah dari mana kesenangan yang anda perolehi itu datang? fikirlah dari mana datangnya pangkat yang anda pegang sekarang kalu bukan dari doa seorang ibu. tiada ibu yang mendoakan keburukan untuk anaknya. dan dari mana anda mendapat ilmu jika bukan bapa mu bersusah payah menghantar mu kesekolah.. kenanglah jasa mereka membesarkan kita tanpa sedikit pun rungutan, malah penuh kasih sayang lagi.. jangan lah kita merungut jika ibu atau bapa meminta pertolongan dari anda, kerana mereka tidak pernah merungut melahirkan dan membesarkan kita...

dan kepada mereka yang telah kehilangan ibu bapa mereka sentiasa doakan mereka untuk di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.. 

terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan ku..
terima kasih ayah kerana memberi ku pendidikan yang sempurna....
terima kasih kepada kalian kerana mengasihi ku setulus hatimu..
terima kasih kerana sudi menenangkan ku disaat aku mengalami ujian dari Allah... 
terima kasih kerana menjadikan aku insan yang berguna... 
insyaallah pengorbanan kalian akan ku balas suatu hari nanti walaupun tidak setimpal dengan apa yang aku perolehi dari kalian...Insyaallah...

wassalam...

No comments:

Post a Comment