.

.

Tuesday 29 October 2013

~ Halia dan Pudina Untuk Kesihatan ~

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dan pudina dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia dan pudina untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.



Halia dalam perubatan moden 
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.
Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin.
Halia sebagai perisa Masakan
Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.
Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.
Buang Angin dengan halia
Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut . Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan Halia 
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga,pening kepala demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut
Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.
Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.


Peppermint

adalah sejenis daun pudina yang memberi rasa ‘menthol’ atau berangin. Peppermint berada di tangga teratas dalam keluarga pudina sebagai pemberi manfaat dalam bidang kesihatan.
Teh peppermint adalah teh yang diperbuat daripada daun peppermint yang dicampur dengan bahan-bahan lain.

Antara manfaat dan kegunaan teh peppermint adalah:
  • ·         Menyelesaikan pelbagai masalah perut dan sistem percernaan – sakit perut, masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit dan macam-macam lagi.
  • ·         Meningkatkan sistem imuniti tubuh -mencegah selesema dan sebagainya.
  • ·         Mengurangkan stress – bukan sahaja stress pemikiran, teh peppermint juga memberi manfaat kepada stress fizikal seperti ketegangan otot dan sebagainya.
  • ·         Tiada kafein – tidak memberi kesan seperti kopi dan lain-lain minuman berkafein.
  •     Walau bagaimanapun, teh peppermint tidak digalakkan diambil ketika hamil kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran kerana peppermint boleh mencetuskan kontraksi.

B Bagi anda yang ingin halia dan pudina di dalam 1pil..PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE adalah yang terbaik.dengan harga mampu milik.dan mengandungi bahan2 baik lain juga.




HUBUNGI SAYA BAGI
DISKAUN ISTIMEWA
0139910481


No comments:

Post a Comment