.

.

Friday 4 October 2013

~ Normalkah Darah Haid Anda ? ~





Darah haid yang normal keluar sebanyak 20 hingga 60 ml (4-12 sudu teh) dan boleh berlangsung sehingga dua minggu dan secara puratanya berlaku selama lima hingga tujuh hari.

Darah haid yang banyak apabila kuantitinya melebihi 60 ml, iaitu kira-kira setengah cawan teh.

Oleh kerana agak sukar untuk mengagak kuantiti darah yang keluar, maka beberapa cara digunakan untuk menganggarkan seorang wanita mengalami pendarahan haid yang banyak.

1. Pendarahan haid sehingga membasahkan pakaian atau tilam.
2. Menukar melebihi lima kali tuala wanita.
3. Terpaksa menggunakan dua lapisan tuala wanita pada satu masa.
4. Pendarahan haid dengan beberapa ketul darah beku yang hitam.

Jika seorang wanita mengalami pendarahan yang banyak setiap bulan, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

kredit - Dr Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment