Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu semasa hamil ialah masalah kenaikan berat badan. Pasti setiap ibu hamil akan memgalami masalah ini bukan. Berat badan naik bergitu mendadak. Keadaan ini biasa berlaku kerana semasa hamil pasti ibu akan merasa seronok dan gembira, bila hati gembira macam-macam makanan hendakn di makan dan di diamkan. Waktu begini juga lah masa untuk isteri bermanja, dibelai dengan penuh kasih sayang oleh suami. Oleh itu segala permintaan isteri pasti tidak akan disia-sia oleh suami.
Apabila berat badan telah meningkat, mula lah terpikir bagaimana nak turunkan semula berat badan seperti yang asal.
Cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan selepas bersalin adalah menyusukan bayi anda pasti berkilo-kilo kalori dapat dibakar sehari. Pernah lihat tak, bayi yang menyusu badan bila kita tengok bayi badannya cukup tembam dan montel tetapi ibu nya kita tengok slim dan kurus. Ada juga yang berkata zat ibu telah diambil oleh bayi tetapi itu adalah silap, kerana dengan memberikan susu badan, ibu boleh kembali langsing dan sihat.
Tips
Kurus Selepas Bersalin.
~Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan
perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam
dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada
keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor,
mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan
juga bahagian-bahagian lain.
~Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula
peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok
disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai
dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh
digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif
untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal. ~Berurut Urut bertujuan
memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin,
membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan
mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.
~Senaman Senaman ringan boleh dilakukan untuk
mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas
bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal
yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam
ketika mandi.
~Penyusuan
Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi
sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas
waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan
jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan
tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak
terbuang melebihi 1800 sehari. Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat.
Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan
tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam
minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi,
bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti
sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.
Jom baca testimoni bawah ni.
HUBUNGI SAYA
0193310481
No comments:
Post a Comment