GEJALA RESDUNG :-
======================
- Hidung tersumbat
- Lendir daripada hidung dan tekak
- Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian
antara mata
- Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
akibat gejala di atas
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan
sebagainya.
- Hidung berair
- Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi
yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
- Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang
berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
- Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang
disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
- Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan
jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus
- Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti
dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi
penyakit sinusitis.
- Pening kepala.
- Hidung tersumbat.
- Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna
kuning pekat atau kehijauan.
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
- Demam atau rasa tidak sedap badan.
- Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal
hidung dan sebagainya.
- Kurang deria rasa atau bau.
- Kelesuan.
Komplikasi resdung:
==================
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah- Sesak nafas
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil.
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat
dikeluarkan oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang
saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran
pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini
berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada
paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah
kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan.
Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan
bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir
itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem
pernafasan.
Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan
oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama
apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning
kehijau-hijauan.
Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa
faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam,
manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin
petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah
allergik (alahan) dan jangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau
bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain,
masalah utama beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz
kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar
murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi
masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk
menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan
mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan
bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah
sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang
sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh
akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan
menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan.
Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika
mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit
mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan
berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan
saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat
disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian
terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan
masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan
di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial
pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit
tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya
jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan
oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu
beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di
bahagian otot-ototnya.
Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi
selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di
situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang
dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung
tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan
allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan
lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya
kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic
bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
HUBUNGI SAYA
NAD
0193310481
* DISKAUN ISTIMEWA
* MENGIKUT BUDGET ANDA
No comments:
Post a Comment