BUAH PINGGANG adalah berbentuk seperti kekacang
merah terbelah dua, dan berada dibawah pusat kearah belakang badan. Jika baik,
baiklah seluruh badan, jika rosak, rosaklah seluruh badan.
Dalam perubatan cina, buah pinggang diibaratkan sebagai
'ibu kepada segala cecair didalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin
dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang
sama seperti cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan
keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita ( proses keseimbangan ini dinamakan
hemeostasis ). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam
tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian
dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid- alkali di dalam cecair tubuh.
Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang
baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan
dalam bentuk air kencing.
Alangkah ruginya jika kita tidak menjaga sebaik-baiknya
anugerah kurniaan Allah ini. Dibawah ini dinyatakan beberapa tips
penjagaan buah pinggang yang boleh menjadi panduan kita bersama :-)
*Mengambil minuman sekurang-kurangnya 2 liter sehari
terutama mereka yang banyak mengeluarkan peluh dan cuba elakkan dari memakan
kacang tanah, kacang putih dan segala kacanh bergaram, buah-buahan jeruk kering
seperti asam boi dan buah kana.
*Elakkan memakan mee segera seperti maggi dan jajan
seperti twisties, super ring serta mee kuning dan roti canai ianya memudahkan
roti canai menyerang.( Gantikan mee kuning dengan spaghetti dan roti canai
dengan capati dan tosei).
*Pengambilan coklat perlu juga dielakkan dan minimumkan
pengambilan air milo. Gantikan dengan Horlick kerana ianya jauh lebih baik
untuk buah pinggang. Minuman bergas adalah di larang sama sekali.
*Minuman seperti Nescafe, air sunquick, oren squash dan
segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana utama minuman ini
mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar
dielakkan kerana teh kedai adalah teh 'recycle' yang semata-mata dibuat dari
bahan kimia pewarna dan perisa.
*Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi
agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31
hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung
atau dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini mengandungi ubat
-ubatan terlarang.
No comments:
Post a Comment