Tempoh berpantang sememangnya menguji kesabaran. Biasanya ibu selepas bersalin akan berasa tidak selesa dan pedih di kawasan yang dijahit. Sudah tentu situasi ini menyukarkan untuk bergerak dan duduk ketika menyusukan bayi.
Petua berikut boleh mengurangkan kesakitan. Rebus beberapa biji buah manjakani kering, asam keeping dan sesudu garam kasar selama beberapa minit.
Disiplinkan diri untuk mencuci bahagian intim di waktu pagi dan petang. In shaa ALLAH luka tersebut akan cepat kering. Air rebusan juga sesuai digunakan ketika anda datang haid atau untuk mengatasi masalah keputihan.
No comments:
Post a Comment