.
Tuesday, 17 December 2013
~ JERAWAT ~
Berikut adalah secara rinkasnya jenis -jenis jerawat:
1) Whitehead
Whitehead ialah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit . Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuma / bakteria.
Ia kelihatan seakan – akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.
2) Blackhead
Jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead . Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka.
Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksiaan berlaku. Ia akhirnya menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman .
3) Papules
Jerawat jenis papules ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah.
Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.
Jika anda berad pada tahap jerawat ini, jangan sesekali memicit – micit jerawat dan menggunakan jenis pencuci muka yang menambahkan lagi keradangan daripada berlaku.
4) Pustules
Jerawat jenis ini adalah salah satu jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah , keras dan bernanah.
Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan terjadinya bekas jerawat .
Mari dapatkan set kecantikan shaklee bagi mengatasi masalah anda ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment