ASAL USUL:
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida.
Selain dijadikan bahan makanan, lobak merah juga berfungsi untuk tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing, memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.
JENIS-JENIS LOBAK MERAH:
Lobak merah yang biasa kita beli berwarna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna, rasa dan saiz yang berbeza.
Umpamanya lobak merah Dwarf yang mempunyai saiz yang kecil dan lembut isinya. Manakala lobak merah Chantenay mempunyai rasa yang manis. Lobak merah kecil atau dikenali sebagai baby carrot pula bersaiz sebesar jari manusia dan rasanya lembut dan manis.
Walaupun begitu, terdapat juga lobak merah yang berwarna ungu, putih, kuning dan merah. Ia hanya popular di negara barat sahaja.
MUSIM:
Lobak merah ini boleh diperoleh sepanjang tahun.
KEGUNAAN:
Lobak merah boleh dijadikan aneka hidangan enak dan menyihatkan. Ia bukan saja dijadikan makanan sampingan untuk lauk pauk, tetapi turut dijadikan salad, kek, kuih muih, tat, minuman, dijadikan sup dan stew, dipanggang dan sebagainya.
CARA MENYIMPAN:
Seeloknya lobak merah hanya boleh disimpan selama seminggu sahaja di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap.
KHASIAT:
Seperti yang dijelaskan tadi, lobak merah yang berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Secara tidak langsung ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A.
Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Justeru memakan lobak merah dengan kerap dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser dan gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman.
No comments:
Post a Comment